Amalkan doa-doa berikut untuk lembutkan hati anak, agar anak cemerlang dunia dan akhirat

Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang baik dan mendengar kata-kata ibu bapanya. Bagaimanapun,tidak dapat dinafikan persekitaran anak-anak boleh mempengaruhi akhlak mereka.

Maka, sejauh mana kita boleh memantau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala soasial.

Berikut ialah doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak dengan sahsiah yang baik dari segi kebijaksaan dan juga sikap menghormati orang tua.

1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah As-Syura ayat 19. Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang d3gil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.

Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.

2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran:

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5,

Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.

3. Doa untuk menangani anak lasak dan n4kal

Amalkan ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud

Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud

4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.

Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.

5. Doa anak taat perintah Allah

Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;

  • Surah Al-Baqarah ayat 128.

Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.

6. Doa agar anak dengar kata

  • Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69. Atau Al-Hasyar ayat 22-24

7. Doa memohon rahmat dan keberkatan

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.

 

Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik.

Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.

Diharapkan apabila kita mendidik mereka dari kecil lagi,mereka membesar dengan menjadi anak Soleh dan solehah. Semoga doa yang terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Majalahperdana